Tugasan: Meratakan tanah & menanam rumput
Tempoh Siap: 1 hari.
Tahap Kesukaran: Normal
Memiliki laman rumah yang cantik sememangnya impian bagi ramai orang. Antara pilihan paling mudah adalah dengan menanam rumput hidup. Namun begitu, bukan mudah untuk melakukannya.
Bagi projek kali ini, kami perlu membersihkan terlebih dahulu lalang yang tumbuh sebelum meratakan tanah. Bagi kawasan yang agak besar seperti ini, masa yang diambil biasanya satu atau dua hari bergantung kepada cuaca.
Selepas itu, kami menambah pasir dan meratakannya semula sebelum kerja-kerja menanam rumput dilakukan.
Bukan itu sahaja, malah kami juga menyediakan sistem pancuran air secara automatik bagi membekalkan air kepada rumput secara berkala. Ini bergantung kepada permintaan pelanggan. Tetapi kami sarankan sistem ini dipasang jika cuaca panas berterusan selepas penanaman rumput dibuat.
Alhamdulillah, cuaca baik kali ini dan projek disiapkan sepenuhnya dalam tempoh 2 hari.
Sebarang pertanyaan & tempahan servis, sila hubungi kami di talian di bawah:
Recent Comments