+6011-36666883 mamatfairez@gmail.com

Tugasan: Tebang Pokok Kekabu Tinggi
Tempoh Siap: 1 hari.
Tahap Kesukaran: Sukar

Antara kelebihan servis memotong dan menebang pokok kami adalah kemampuan untuk memanjat dan memotong pokok yang tinggi.

Kali ini, kami telah dipanggil oleh pemilik tanah dan rumah di Kuala Kangsar. Beliau meminta kami melihat dahulu sama ada pokok kekabu yang tumbuh di dalam kawasan tanah miliknya boleh ditebang.

Menurut pemilik tersebut, dia sudah memanggil beberapa penebang pokok, tetapi ramai yang menolak untuk menebang pokok itu. Ini kerana, jentera berat tidak dapat memasuki kawasan tersebut dan pokok itu tidak boleh dipotong dari pangkal kerana boleh menimpa rumah dan kabel elektrik.

Setelah kami melawat kawasan dan melihat pokok itu, kami memberitahu yang kami boleh menebangnya tanpa menjejaskan kawasan atau mendatangkan bahaya terhadap harta benda pemilik tanah.

Pada masa yang dipersetujui, kami datang semula untuk menebang pokok berkenaan. ‘Team’ kami telah memanjat dan memotong pokok itu bermula dari atas dan turun ke bawah.

Alhamdulillah, 2 batang pokok kekabu tinggi berjaya ditumbangkan dengan selamat.

 

Potong pokok kekabu
potong pokok durian dalam kawasan rumah 2
potong pokok durian dalam kawasan rumah 3
potong pokok durian dalam kawasan rumah 4

Sebarang pertanyaan & tempahan servis, sila hubungi kami di talian di bawah: