Tugasan: Menebang pokok kelapa.
Tempoh Siap: 1 hari.
Tahap Kesukaran: Sukar.
Menebang pokok kelapa tidaklah sesukar mana jika tiada sebarang halangan lain.
Kali ini, kepakaran team kami sangat diperlukan. Tanpa menggunakan sebarang jentera berat, team kami terpaksa memanjat sebatang demi sebatang pokok dan memotong sedikit demi sedikit dari atas sehinggalah ke bahagian bawah.
Bukan sahaja kepakaran memotong, malah pengalaman juga memainkan peranan. Team kami perlu memastikan pelepah dan batang yang dipotong dijatuhkan ke bawah tanpa merosakkan infrastruktur dan kabel utiliti.
Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar.
Sebarang pertanyaan & tempahan servis, sila hubungi kami di talian di bawah:
Recent Comments